Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
90 daripada 142 kes dadah dituduh di Mukah pada 2021

90 daripada 142 kes dadah di Mukah berjaya dituduh di mahkamah sepanjang 2021

MUKAH, 3 Jan : Sebanyak 90 daripada 142 individu yang ditangkap di bawah Akta Dadah Berbahaya di daerah ini sepanjang tahun lepas telah dituduh di mahkamah.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, jumlah berkenaan mewakili lebih 63 peratus.

“Daripada jumlah berkenaan, hanya dua kes atau tiga orang suspek disiasat mengikut Seskyen 39 B, Akta Dadah Berbahaya 1952 pada tahun lalu,” katanya kepada TVS di sini hari ini.

Muhamad Rizal berkata, dua kes tersebut melibatkan seorang peniaga roti canai berusia 40 tahun ditahan pada 10 Oktober 2021 dan dua lelaki tempatan berusia 33 dan 25 tahun yang ditahan pada 23 Disember.

“Ketiga-tiga suspek terbabit ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dan memiliki dadah jenis methamphetamine yang mana kes – kes berkenaan kini dalam proses perbicaraan,” katanya.

Mengenai rampasan pula, Muhamad Rizal memberitahu, dadah jenis methamphetamine merupakan yang paling banyak dirampas oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah.

” Sebanyak 319.78 gram dadah jenis berkenaan telah dirampas, dikuti ganja (15.09 gram) dan pil Nospan sebanyak 35 biji turut dirampas,” katanya. -TVS

Tags: dadah, mukah

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan