Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 18 Dis -- Mary Mcklenzy berswafoto bersama keluarganya berlatabelakangkan Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak selepas menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 , ketika tinjauan bernama di sekitar bandaraya Kuching malam ini. Kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak dalam PRN Sarawak menggambarkan rakyat memahami dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh gabungan empat parti dalam GPS. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Omicron : Dr Sim gesa rakyat Sarawak terus waspada

KUCHING, 2 Jan : Timbalan Ketua Menteri III, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian meminta rakyat negeri ini sentiasa berwaspada serta terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Ini kerana ujar beliau, varian Omicron dijangka akan ‘sampai’ kepada komuniti setempat dalam masa terdekat. 

“ Oleh itu, saya menyarankan agar orang ramai membuat penilaian risiko termasuk melakukan ujian kendiri sekurang – kurangnya setiap tiga hari,” katanya menerusi perkongsian di Facebooknya semalam.

Dr Sim gesa penduduk Sarawak patuh SOP elak varian Omicron
Timbalan Ketua Menteri III, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian

Setakat kelmarin, Malaysia telah merekodkan sebanyak 64 kes Omicron manakala negara jiran, Singapura turut melaporkan perkembangan membimbangkan apabila pihak berkuasa negara itu mengesahkan sebanyak 155 kes varian berkenaan ditemui.

Sebelum ini, satu kes jangkitan varian Omicron yang berkemungkinan jangkitan tempatan telah dikesan di Sarawak pada 24 Disember lalu membabitkan seorang lelaki warga China berusia 38 tahun yang bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan di Sarawak selama tiga tahun.

Sementara itu, Kui Hian turut meminta agar individu bergejala yang melakukan ujian saringan COVID-19 agar mengasingkan diri terlebih dahulu sehingga keputusan diperolehi.

“Pada masa sama, saya turut menyeru supaya individu yang tertakluk kepada perintah pengawasan dan pemerhatian (HSO) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) supaya mematuhi arahan berkenaan.

” Saya yakin sekiranya kita (rakyat Sarawak) terus berdisiplin dan mengikut saranan pihak berkuasa, kita akan berjaya menangani wabak COVID-19 di negeri ini,” katanya. – TVS

Tags: drsim, omicron

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan