Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
TAMPIN, 1 Jan -- Keadaan sebuah kereta yang ditenggelami air banjir ekoran hujan lebat sejak pukul 5 pagi tadi di Taman Pinggiran Sungai Kelamah hari ini. ? --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Banjir : Jeritan anak selamatkan anggota bomba sekeluarga

ByBernama

PUTRAJAYA, 2 Jan : Jeritan anak kecil mengejutkan seorang anggota bomba daripada tidur apabila rumahnya mula dinaiki air selepas pulang daripada operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa banjir di sekitar Klang, Selangor pada 18 Disember lepas. 

Penguasa Kanan Bomba Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Malaysia , Ahmad Zaidi Safuan, 50, seakan tidak percaya rumah yang didiami selama 16 tahun dinaiki air buat pertama kali pada kira-kira 1 pagi itu.

“Suasana pada ketika itu bagaikan mimpi apabila kawasan rumah saya di Taman Meru Setia sudah dinaiki air sehingga paras pinggang susulan hujan berterusan pada ketika itu,” katanya.

Menceritakan kembali detik cemas itu, Ahmad Zaidi pulang ke rumahnya untuk berehat selepas melakukan kerja memindahkan mangsa-mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, Klang.

“Semasa saya baring di katil kurang dari satu jam, saya dikejutkan dengan jeritan anak lelaki saya yang berusia 11 tahun di tingkat bawah, memaklumkan air sudah masuk ke dalam rumah,” katanya.

Beliau kemudian terus mengambil dokumen-dokumen penting, sijil dan geran kenderaan lalu menyimpannya di atas loteng dan selepas itu terus membawa keluarga ke Balai Bomba Kapar kerana bimbang jika paras air terus meningkat.

Menurutnya, kawasan di sekitar balai itu tinggi kerana telah ditambak setinggi lima kaki namun air banjir juga sudah memasuki ke dalam kawasan balai yang sunyi sepi kerana semua anggota terlibat dalam operasi SAR. 

Mengulas lanjut mengenai operasi SAR mangsa banjir, Ahmad Zaidi berkata beliau menerima panggilan telefon bahawa rumah sewa anaknya di Taman Meru 3, Klang turut terjejas dinaiki air sehingga paras pinggang pada malam 18 Dis semasa menjalankan operasi SAR menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

“Selepas saya pindahkan mangsa ke PPS di SMK Meru, saya pergi menyelamatkan anak lelaki berusia 26 tahun dan cucu saya berusia setahun dan bawa mereka ke tempat selamat,” katanya.

Ahmad Zaidi yang telah berkhidmat selama 31 tahun dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengalami kerugian kerosakan aset rumah dianggarkan bernilai RM8,000 namun, beliau bersyukur kerana keluarganya selamat daripada bencana itu. -TVS

Tags: Banjir

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan