Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
13 LALUAN DI N. SEMBILAN DITUTUP SUSULAN TANAH RUNTUH, BANJIR

13 laluan di Negeri Sembilan ditutup susulan tanah runtuh, banjir

ByBernama

SEREMBAN, 2 Jan : Sebanyak 13 laluan melibatkan lima daerah di Negeri Sembilan ditutup untuk semua kenderaan manakala empat lagi hanya dibuka untuk kenderaan berat susulan jalan runtuh dan dinaiki air setakat 2 petang ini.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan, Ir Wan Hasnan Wan Musa berkata laluan berkenaan melibatkan Tampin iaitu sebanyak tujuh jalan, Jelebu (4), Jempol (3), Kuala Pilah (2) dan satu di Seremban.

Antara jalan tersebut ialah Jalan Segamat-Gemas, Londah-Gemas, Jelai-Bahau, Jeram Toi, Kuala Klawang-Genting Peras, Felda Titi dan Stesen Pemancar Gelombang Telapak Buruk.

“Pembukaan jalan ini akan dilakukan dalam tempoh terdekat selepas selesai kerja pembaikan selain bergantung kepada keadaan semasa jalan berkenaan selepas banjir. JKR akan sentiasa berusaha mencari jalan alternatif dan menguar-uarkan kepada pengguna,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Justeru, beliau menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya untuk merancang perjalanan dan sentiasa berwaspada dengan papan tanda amaran banjir serta jalan ditutup selain menggunakan laluan alternatif untuk ke destinasi masing-masing.

“Pengguna juga boleh merujuk laman sesawang bilik gerakan bencana (BiGBen) JKR iaitu di bencanaalam.jkr.gov.my atau boleh hubungi talian 06-7659659/9614 untuk mengetahui perkembangan terkini bencana dan keadaan jalan raya,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan