Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pertingkatkan rondaan malam ambang tahun baharu – Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR, 31 Dis : Semua Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah diarah menggerakkan anggota bagi meningkatkan rondaan pemantauan ke lokasi-lokasi tumpuan orang ramai berkumpul sempena ambang tahun baharu 2022 malam ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata tujuan rondaan pemantauan adalah untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi mengelakkan orang ramai berkumpul mencegah penularan wabak COVID-19.

Beliau berkata tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar SOP PPN itu.

“Polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengamalkan pematuhan SOP, kerjasama semua pihak dalam aspek ini adalah penting memadangkan COVID-19 masih merupakan ancaman kesihatan serius,” katanya dalam kenyaataan hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan