Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Penduduk rumah panjang akur tidak dibenarkan anjur sambutan pra tahun baharu

KANOWIT, 31 Dis : Polis daerah ini menasihatkan orang ramai termasuk penduduk di rumah panjang supaya mematuhi arahan dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak yang tidak membenarkan aktiviti sambutan pra tahun baharu dianjurkan.

Ketua Polisnya, Deputi Superintendan Tega Bilong berkata, polis akan melakukan pemantauan bagi memastikan arahan berkenaan dipatuhi.

“Arahan berkenaan tertakluk kepada tempat kediaman, rumah panjang dan premis perniagaan yang hanya dibenarkan beroperasi sehingga pukul 12 tengah malam sahaja,” katanya ketika dihubungi TVS di sini semalam.

JPBN pada 28 Disember lepas menerusi satu kenyataan memaklumkan tidak membenarkan sebarang aktiviti sambutan pra tahun baharu dianjurkan menerusi kemaskini prosedur operasi standard (SOP).

Pada tahun – tahun terdahulu, sambutan tahun baharu di rumah panjang di seluruh negeri ini biasanya meriah dengan pelbagai aktiviti serta acara dianjurkan yang disertai penduduk.

Begitupun sejak negara dilanda pandemik, kesemua aktiviti keraian berkenaan tidak lagi dibenarkan bagi membendung penularan COVID-19.

Sementara itu, seorang tuai rumah panjang, Margaret Ugak ketika dihubungi TVS berkata, pihaknya akur dengan arahan berkenaan dan akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

” Saya akan memaklumkan kepada semua ketua bilik rumah panjang di Lukut, Jalan Penyulau, Kanowit agar tidak mengadakan sebarang majlis pada malam ini,” katanya.

“Disebabkan kita masih berada dalam Fasa Tiga PPN, malah, saya mengesyorkan setiap keluarga boleh meraikan sambutan di kalangan ahli keluarga sahaja di dalam ‘bilik’ masing-masing sahaja dan mengalakkan penggunaan pelitup muka dan jaga penjarakan fizikal ketika berada di ‘ruai’ rumah panjang mereka,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan