PUTRAJAYA, 31 DIS — Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan peluru oleh Houthi ke atas Jazan, Arab Saudi pada 24 Disember yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan, serta kemusnahan harta benda.
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini berkata Malaysia menyampaikan rasa simpati dan takziah kepada mereka yang terjejas akibat serangan itu.
“Malaysia menolak semua bentuk keganasan yang menggugat keamanan dan keselamatan di rantau ini. Penerusan permusuhan akan memudaratkan mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau ini,” kata kenyataan itu.
Malaysia akan terus menyokong usaha yang bertujuan mencari penyelesaian secara damai dan aman bagi konflik di Yaman, kata Wisma Putra.
Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), dua orang terbunuh dan tujuh cedera, akibat peluru Houthi yang melanda bandar Jazan di selatan Saudi pada 24 Disember.