Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penganalisis Sosiopolitik, Profesor Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi berpandangan bahawa ia tidak mustahil PRU15 diawalkan kerana situasi ini juga bukan sesuatu yang baharu. Foto: TVS
Penganalisis Sosiopolitik , Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, pengumuman oleh Abang Johari semalam juga dilihat bersesuaian dengan mandat yang diterima oleh GPS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak. Foto: TVS

Barisan kabinet baharu Sarawak rai kepelbagaian

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 31 Dis : Pengumuman barisan kabinet baharu Kerajaan Sarawak dilihat meraikan kepelbagaian latar belakang dengan mempamerkan kestabilan politik Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah tampuk kepimpinan Ketua Menteri , Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Penganalisis Sosiopolitik , Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, pengumuman oleh Abang Johari semalam juga dilihat bersesuaian dengan mandat yang diterima oleh GPS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak.

“Sebelum ini, kita tahu ia merupakan mandat yang diperolehi Allahyarham Pehin Sri Dr Adenan Satem, jadi dalam konteks ini , Abang Johari mempunyai kebebasan untuk mengatur kabinet pasukan GPS.

“Kita lihat barisan kabinet yang dibariskan terdiri daripada pelbagai etnik, melibatkan dari zon utara , zon tengah dan zon selatan. Ini menandakan bagaimana politik di Sarawak meraikan kepelbagaian”, katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Dalam pada itu katanya, pengumuman senarai kabinet itu juga berupaya untuk meneruskan dasar Kerajaan GPS yang mahu menjadikan Sarawak sebagai negeri maju menjelang 2030.

Ini kerana kata Awang Azman, kabinet baharu itu juga mempunyai kekuatan dalaman kerana dibarisi pemimpin yang terdiri daripada era yang berlainan.

Jelasnya, kebijaksanaan Abang Johari menentukan barisan itu juga sesuai dengan kepimpinan generasi akan datang.

“Pada masa yang sama juga , kabinet ini perlu dinilai secara berterusan dan diberi perhatian khusus untuk suku pertama 2020 dan juga 100 hari pertama pentadbiran,” katanya.

Ujar beliau, ini penting sebagai penanda aras serta untuk membaiki kekurangan yang wujud dan bagi memastikan kabinet ini lebih berfungsi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan