Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
FILE PHOTO: Soccer Football - LaLiga - Real Madrid v Atletico Madrid - Santiago Bernabeu, Madrid, Spain - December 12, 2021 Real Madrid's Thibaut Courtois during the warm up before the match REUTERS/Javier Barbancho

Empat lagi pemain Real Madrid positif COVID-19

ByBernama

ANKARA, 30 Dis : Empat lagi pemain Real Madrid telah dijangkiti oleh koronavirus, Anadolu Agency (AA) melaporkan pada hari Rabu.

Dalam sebuah kenyataan media, Real Madrid mengumumkan bahawa penjaga gol Thibaut Courtois, pemain tengah Federico Valverde, pemain tengah Eduardo Camavinga, dan pemain sayap tengah Vinicius Junior disahkan positif virus tersebut.

Pada minggu lalu, pemain tengah Isco and tonggak pertahanan David Alaba disahkan positif.

Saingan utama Real Madrid iaitu Barcelona turut mengumumkan bahawa Ousmane Dembele, Samuel Umtiti dan Gavi telah disahkan positif Covid-19 selepas Clement Lenglet, Dani Alves, Jordi Alba, dan Alejandro Balde disahkan dijangkiti virus tersebut.

Kes COVID-19 meningkat di Sepanyol selepas negara itu melaksanakan sekatan baharu untuk membendung penularan virus tersebut.

Di peringkat kebangsaan, topeng diperlukan di dalam dan di luar rumah. Keputusan untuk melaksanakan sekatan selanjutnya terpulang kepada kerajaan wilayah.

Beberapa kerajaan seperti Madrid, Castile dan Leon, di mana kadar jangkitan adalah lebih tinggi daripada purata, telah menolak untuk melaksanakan lebih banyak langkah pencegahan menjelang sambutan Tahun Baru.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan