Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dr. Sim dilantik Timbalan Ketua Menteri III

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 30 Dis : Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Dato’ Sri Dr. Sim Kui Hian dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri III dalam barisan kabinet baharu Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diumumkan hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut mengumumkan Datuk Amar Douglas Uggah Embas sebagai Timbalan Ketua Menteri I manakala Datuk Amar Ali Awang Tengah Hasan sebagai Timbalan Ketua Menteri II.

Selain Abang Johari dan tiga Timbalan Ketua Menteri, tujuh wakil rakyat GPS lain yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke -12 Sarawak lalu turut dilantik sebagai Menteri Penuh manakala 25 lantik sebagai Menteri Muda.

Pada PRN Ke -12 Sarawak 18 Disember lalu, GPS yang dipimpin Abang Johari berjaya membentuk kerajaan negeri baharu selepas memenangi 76 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Berita lanjut menyusul. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan