Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
JUMLAH NEGARA BERISIKO TINGGI VARIAN OMICRON KINI 18 - KHAIRY
PUTRAJAYA, 28 Dis -- Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada sidang media di Kementerian Kesihatan hari ini.
-- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA


PUTRAJAYA, Dec 28 -- Health Minister Khairy Jamaluddin during press conference at the Health Ministry today.
-- fotoBERNAMA (2021) COPY RIGHT RESERVED


Sela masa dos penggalak dipendekkan kepada tiga bulan bagi penerima vaksin Pfizer, Astrazeneca

ByBernama

PUTRAJAYA, 28 Dis : Sela masa bagi vaksinasi dos penggalak penerima vaksin Pfizer dan AstraZeneca dipendekkan kepada sekurang-kurangnya tiga bulan selepas vaksin primer, berbanding enam bulan sebelum ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata dengan keputusan itu dijangka sebahagian besar penduduk dewasa 18 tahun ke atas layak menerima dos penggalak pada Januari dan Februari.

“KKM (Kementerian Kesihatan) akan tingkatkan kapasiti pemberian vaksin dengan pembukaan pusat pemberian vaksin (PPV) di klinik pengamal perubatan swasta atau PPV yang akan dibuka tidak lama lagi di dewan persidangan seperti mana dibuat melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK),” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Khairy berkata temu janji akan diberikan kepada individu yang layak berdasarkan kelayakan seperti turutan umur, status kesihatan termasuk golongan kormobid dan penyakit kronik.

Beliau juga menegaskan KKM mengutamakan penggunaan vaksin Pfizer dan AstraZeneca sebagai dos penggalak kerana keberkesanan kedua-dua jenis vaksin adalah tinggi berbanding Sinovac.

Beliau menjelaskan pemberian vaksin Sinovac akan diberikan kepada individu yang mempunyai kontraindikasi atau alahan dan atas sebab kesihatan disyorkan doktor maka pemberian vaksin akan diberi melalui PICK atau memilih melalui pasaran swasta.

“Saranan KKM pilihan pertama ialah Pfizer dan pilihan kedua AstraZeneca. Sinovac hanya diberi sekiranya anda mempunyai kontraindikasi terhadap Pfizer dan AstraZeneca,” katanya.

Khairy berkata Sarawak sebagai negeri peneraju yang memulakan dos penggalak pada 13 Okt  lepas  menunjukkan trend penurunan sejak dua bulan yang lepas dari segi bilangan kes harian, kemasukan hospital, kes yang memerlukan rawatan rapi dan juga kematian.

Beliau berkata sejak minggu epidemiologi (ME) ke-48, bilangan kes yang dilaporkan adalah kurang daripada 1,000 seminggu iaitu 776 kes pada ME ke-48 kepada 208 kes pada ME ke-52. 

Selain itu, katanya angka kematian yang disebabkan COVID-19 juga menunjukkan penurunan daripada 497 kes pada Oktober lalu kepada 24 kes bagi bulan Disember setakat hari ini.

Sehingga semalam, liputan dos penggalak di Sarawak adalah 73.54 peratus. — BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan