Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sate Ayam Gula Apong dan Nasi Goreng Rainforest ‘senjata’ Kantin At The Granary pikat pelanggan

KUCHING, 27 Dis : Masakan istimewa setempat merupakan antara ‘produk’ yang sering dicari oleh pelancong jika bertandang ke tempat baharu.

Dalam soal ini, Sarawak yang merupakan negeri terbesar di Malaysia sudah pasti turut memiliki pelbagai hidangan istimewanya di samping kewujudan banyak port makan yang sedang tular dan boleh dicuba untuk kemaskini media sosial anda.

Menyedari keistimewaan Sarawak yang memiliki banyak ‘bahan mentah’ yang tidak terdapat di tempat lain seperti gula apong, sebuah kafe dinamakan Kantin At The Granary muncul di pusat bandar untuk memeriahkan persaingan bidang kulinari setempat.

Salah seorang pengasasnya, Emily Yii memberitahu, beliau juga mahu meneroka potensi perniagaan kulinari dan industri pelancongan menerusi penglibatannya dengan kafe berkenaan.

Ujar Emily, seunik namanya, ‘restoran’ itu turut menawarkan pelbagai sajian makanan lazat yang tidak terdapat di kafe lain.

” Kantin At The Granary ini menjual makanan yang dimasak menggunakan bahan – bahan mentah yang terdapat di Sarawak.

” Antara menu yang menjadi tarikan ialah Nasi Goreng Rainforest iaitu kombinasi nasi goreng bersama daun ubi serta dihiasi juga dengan daun ubi goreng rangup dan bunga kantan yang menambahkan lagi keenakan,” katanya kepada TVS baru – baru ini.

Terletak di Wayang Street, Emily berkata, kafe berkenaan juga menerapkan sentuhan seni dan budaya pada dekorasinya bagi memberi pengalaman baharu kepada pelanggan menikmati hidangan lazat dalam suasana yang mendamaikan.

“Kami juga mahu mengangkat bidang kulinari tempatan ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Bercerita lanjut tentang menu istimewa yang lain, Emily memberitahu, gula apong yang terkenal di Sarawak turut menjadi ‘bahan penyedap’ bagi beberapa hidangan yang dijual oleh mereka.

“Kami memperkenalkan sate ayam bersalut gula apong selain terdapat juga serunding ayam dan cangkuk manis rangup yang merupakan antara menu utama di sini,” katanya.

Kesemua sajian berkenaan ujar Emily perlu ‘ditemani’ oleh beberapa minuman istimewa yang ada termasuklah Three Sour Crush dan Tasik Pearl Milk Tea.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh layari kantin.dabao.my. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan