Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
JUMLAH NEGARA BERISIKO TINGGI VARIAN OMICRON KINI 18 - KHAIRY
PUTRAJAYA, 28 Dis -- Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada sidang media di Kementerian Kesihatan hari ini.
-- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA


PUTRAJAYA, Dec 28 -- Health Minister Khairy Jamaluddin during press conference at the Health Ministry today.
-- fotoBERNAMA (2021) COPY RIGHT RESERVED


OMICRON: Masih terlalu awal untuk sekat umat Islam mengerjakan umrah – Khairy

ByBernama

PUTRAJAYA, 29 Dis : Kementerian Kesihatan (KKM) berpandangan masih terlalu awal untuk melaksanakan sekatan ke atas  umat Islam di negara ini untuk mengerjakan umrah di Makkah berikutan peningkatan kes varian Omicron, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.

Bercakap pada sidang media mengenai perkembangan COVID-19 di sini hari ini, beliau berkata ketika ini KKM masih memantau trend kes berkaitan varian itu selain mewajibkan mereka yang baharu pulang mengerjakan umrah untuk menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selama tujuh hari dan memakai gelang peranti digital.

“Kita tidak mahu buat keputusan terburu-buru untuk sekat orang ramai (umat Islam) untuk mengerjakan umrah.

Buat masa ni walaupun ada peningkatan kes varian Omicron yang mendadak dari Arab Saudi tapi kita (KKM) minta patuh kepada HSO serta elak daripada bergaul dengan ahli keluarga dengan mengasingkan diri di dalam bilik dan menggunakan tandas berasingan,” katanya.

Sehingga kini KKM melaporkan terdapat 30 kes baharu membabitkan varian Omicron yang dikesan sebagai kes import dari Arab Saudi.

Khairy berkata pihaknya juga mengalakkan individu yang baharu pulang daripada mengerjakan umrah untuk melakukan ujian kendiri COVID-19 sepanjang menjalani kuarantin.

“Langkah ini perlu diambil memandangkan terdapat kes mereka dijangkiti virus pada hari kelima kuarantin walaupun ujian calitan sewaktu ketibaan adalah negatif,” katanya.

KKM juga telah mengarahkan syarikat pelancongan yang menguruskan umrah untuk mewajibkan setiap individu yang ingin menunaikan ibadah tersebut untuk mendapatkan suntikan dos penggalak selain lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19.

“Suntikan dos penggalak amat penting khususnya kepada kumpulan berisiko tinggi seperti mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas serta mempunyai sejarah komorbid. 

Langkah berhati-hati ini perlu dengan mengambil kira tahap kebolehjangkitan varian Omicron adalah tinggi,” katanya menambah langkah itu juga terpakai bagi individu yang merancang melakukan perjalanan ke negara-negara lain.

Ditanya sekiranya penularan varian Omicron pada tahap membimbangkan kerana varian itu lebih mudah berjangkit berbanding Delta, Khairy tidak menolak kemungkinan kerajaan akan mengarahkan individu yang baharu pulang dari mengerjakan umrah untuk menjalani menjalani kuarantin di pusat kuarantin.

“Sekiranya penularan varian Omicron dari Arab Saudi ini pada tahap membimbangkan, maka kita akan pertingkatkan usaha dengan mengarahkan mereka kuarantin di pusat kuarantin atau sekat perjalanan ke Arab Saudi tetapi perlu pantau dahulu dan buat secara berperingkat,” katanya.

Mengenai kekecohan yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, beliau berkata ianya disebabkan kekurangan kaunter pemakaian peranti digital sehingga menyebabkan kesesakan dalam kalangan individu yang baharu pulang daripada mengerjakan umrah.

Katanya, pihaknya juga telah mengarahkan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk menambah kaunter terbabit selain penambahan jumlah petugas bagi memastikan proses pemakaian peranti digital berjalan lancar.

“Tadi saya telah meninjau kaunter tersebut dan saya difahamkan bahawa MAHB akan tambah kaunter pada Khamis ini,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan