Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
B-23 AFF: MALAYSIA DIUNDI BERSAMA JUARA BERTAHAN INDONESIA

B-23 AFF: Malaysia diundi bersama juara bertahan Indonesia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Dis : Skuad bola sepak lelaki Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan bakal berdepan cabaran juara bertahan Indonesia selain Myanmar dan Laos selepas diundi dalam Kumpulan B bagi Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Kemboja, Februari depan.

Saingan dijadual bermula dari 14 hingga 26 Feb di Stadium Morodok Techno dan Stadium Prince itu menyaksikan hanya tiga juara kumpulan dan naib juara kumpulan terbaik mara ke separuh akhir.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan majlis undian yang berlangsung di Singapura hari ini, dihadiri Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar dan ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Brad Maloney. 

Mohd Saifuddin dan Brad menyertai majlis undian itu secara maya.

Sementara itu tuan rumah Kemboja diundi dalam Kumpulan A bersama Timor Leste, Filipina dan Brunei, manakala Kumpulan C pula menyaksikan naib juara edisi 2019, Thailand diundi bersama Vietnam dan Singapura.

Pencapaian terbaik Malaysia adalah pada edisi 2005 di Thailand yang menyaksikan mereka menamatkan saingan sebagai pasukan keempat terbaik kejohanan itu.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan