Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Unikop pelawa pelajar lepasan SPM hadir temuduga

KUCHING, 28 Dis: Institut Pengajian Tinggi Unikop (Unikop), anak syarikat Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM) mempelawa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menghadiri temu duga khas yang akan diadakan di seluruh Sarawak.

Pelbagai bidang pengajian akan ditawarkan menerusi temu duga yang dijadual bermula 2 hingga 10 Januari 2022.

Antaranya Diploma Kepolisan dan Penyiasatan, Diploma Perkhidmatan Penyiasatan, Diploma Penyiasatan Korporat, Diploma Psikologi, Diploma Teknologi Sekuriti Siber, Diploma Penguatkuasaan Undang-Undang serta Sijil Perkhidmatan Penyiasatan.

Program-program yang disediakan memberi graduan peluang kerjaya dalam unit beruniform dan menyertai pasukan keselamatan negara seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan lain-lain lagi jabatan penguatkuasaan.

Misi Unikop adalah untuk melahirkan graduan dalam kalangan pelapis pemimpin dengan ilmu pengetahuan undang-undang yang luas.

Temu duga akan berlangsung di sembilan lokasi yang telah ditetapkan.

Antaranya Ibu Pejabat Polis (IPD) Miri pada 2 Januari, diikuti IPD Bintulu pada 3 Januari, IPD Mukah (4 Januari), IPD Sibu (5 Januari), dan IPD Sarikei (6 Januari).

Pada 7 Januari pula, sesi temu duga diteruskan di IPD Betong, kemudian di IPD Bau pada 8 Januari, Balai Polis Kota Sentosa (9 Januari) dan akhir sekali di IPD Serian pada 10 Januari.

Mereka yang berminat boleh menghubungi 01113254103 (En. Al Faizal) untuk perincian lanjut. -TVS

Tags: #bm, pelawa, SPM, unikop

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan