Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 3.30 petang dan siasatan awal mendapati mangsa berusia 35 tahun itu merupakan seorang pegawai polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Lelaki warga Myanmar maut ditikam rakan senegara

ByBernama

JOHOR BAHRU, 28 Dis : Seorang lelaki warga Myanmar maut dipercayai ditikam rakan senegaranya dalam pergaduhan di sebuah hostel pekerja di Taman Scientex, Senai dekat Kulai, Ahad lepas. 

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata mangsa yang berusia 25 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan duduk dan berlumuran darah dengan empat kesan tikaman, pada kira-kira 9 malam.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, pergaduhan antara mangsa dan suspek disyaki berlaku selepas mereka minum minuman keras dan mabuk. 

“Penyelia mangsa bertindak menghubungi polis selepas menerima panggilan telefon daripada seorang pekerja Myanmar mengenai kejadian itu.

“Setiba di tempat kejadian, polis menemukan mangsa dalam keadaan tidak bernyawa dan pemeriksaan awal pada tubuh mangsa mendapati terdapat kesan kecederaan di dada serta rusuk akibat ditikam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tok berkata polis turut menjumpai sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu selain merampas beberapa barangan lain bagi siasatan lanjut manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, di sini untuk bedah siasat.

Beliau berkata susulan itu, pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenyah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai serta Bahagian D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor telah membuat dua serbuan di sekitar bandar raya ini dan Melaka, semalam.

“Menerusi serbuan itu, polis menahan lima lelaki warga Myanmar berusia lingkungan 20 hingga 43 tahun yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut dan mereka kini direman hingga 2 Jan depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan