Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Langgar syarat import, lebih 10 tan makanan haiwan dirampas – MAQIS

ByBernama

Kredit gambar Berita RTM Kedah

ALOR SETAR, 28 Dis : Kira-kira 10.9 tan makanan haiwan bernilai RM103,672 yang cuba dibawa masuk dari Thailand, dirampas di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, dekat sini Khamis lepas kerana dipercayai menyalahi syarat import.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Kedah dalam kenyataan hari ini memaklumkan rampasan dibuat susulan pemeriksaan rutin anggotanya ke atas sebuah lori pada 5.05 petang dan mendapati produk itu dibawa masuk tanpa permit import yang sah.

“Makanan haiwan itu dipercayai dibawa masuk untuk pasaran tempatan. Produk itu ditahan untuk siasatan kerana gagal memaparkan nombor kumpulan atau nombor lot serta tarikh pembuatan pada produk dagangan, yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728],” menurut kenyataan itu. 

Menurutnya sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya di bawah Seksyen 15(2) akta yang sama.

Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] diguna pakai bagi kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan serta mencegah kemasukan penyakit berbahaya yang boleh mengancam industri pertanian negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan