Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

‘TeamAzizul’ hulur sumbangan untuk mangsa banjir

KUALA LUMPUR, 27 Dis : Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menerusi ‘TeamAzizul’ menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa banjir di beberapa kawasan di Pahang dan Selangor. 

Menerusi hantaran di media sosial semalam, pelumba yang diberi gelaran ‘The Pocketrocketman’ itu memaklumkan sumbangan inisiatif TeamAzizul untuk mangsa di Temerloh dan Sepang, atas dasar tanggungjawab dan prihatin sebagai rakyat Malaysia. 

“TeamAzizul memberi sumbangan secara terus kepada mangsa dengan bantuan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) tempatan yang sangat prihatin dan membantu. Kami telah menghantar bantuan bahan kering dan minuman serta pam air untuk memudahkan mereka melakukan kerja-kerja pembersihan.

“Untuk projek seterusnya, kami cuba menghulurkan bantuan kepada setiap keluarga dengan satu set periuk nasi, dapur gas dua penunu, tilam dan bantal yang memerlukan kos RM300 bagi satu keluarga,” menurut hantaran itu.

Pemenang pingat perak acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu berkata, mereka yang berminat untuk bersama membantu mangsa banjir, boleh menyumbang menerusi akaun bapa saudaranya, Mohamad Uzir Ahmad di akaun Maybank (564155553941) dengan rujukan TeamBantuBanjir.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan