Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
UTC Sibu Tutup Untuk Cegah Penularan Covid-19
UTC Sibu Tutup Untuk Cegah Penularan Covid-19

Rundingan wujudkan UTC Kota Samarahan lancar

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 27 Dis : Kerajaan Sarawak kini sedang dalam proses rundingan untuk menyediakan perkhidmatan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Kota Samarahan bagi manfaat penduduk kawasan itu.

Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang berkata, hari ini beliau menerima kunjungan Pengarah Urusan The Summer Mall, Datuk Lee Chee Fui untuk memulakan rundingan bagi merealisasikan hasrat berkenaan.

” Rundingan secara aktif juga telah dilakukan bersama Kementerian Kewangan dalam usaha untuk memastikan UTC dapat diwujudkan di Kota Samarahan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kemaskini di hantaran Facebook Pusat Khidmat Rakyat P197 Kota Samarahan hari ini.

Sebelum ini, Rubiah telah mengemukakan cadangan berkenaan dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada sidang lepas.

Mengulas lanjut, Rubiah berkata, kewujudan UTC sangat penting di kawasan berkenaan kerana sebahagian ebsar penduduk di sana terdiri daripada penjawat awam dan pekerja swasta.

“Selain itu terdapat juga pelbagai institusi pengajian tinggi serta pelajar – pelajar yang memerlukan perkhidmatan awam seperti urusan pendaftaran , imigresen, pengangkutan jalan dan sebagainya,” katanya.

Sarawak ketika ini mempunyai tiga UTC iaitu di Bangunan UTC Sarawak di Kuching, UTC Miri dan UTC Sibu.

Sekiranya UTC Kota Samarahan berjaya direalisasikan, ia dijangka akan memudahkan urusan lebih 280 000 penduduk di bahagian berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan