Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Hampir 50 penerbangan dibatalkan akibat ribut salji berterusan di Jepun

Kredit gambar The Asahi Shimbun Asia

TOKYO, 27 Dis : Sekurang-kurangnya 48 penerbangan telah dibatalkan akibat ribut salji melanda Jepun, lapor Sputnik, memetik stesen penyiaran NHK pada Isnin.

Menurut laporan media tempatan, lebih 100 penerbangan turut dibatalkan sejak semalam, dan salji setebal 35 inci melanda beberapa wilayah menjelang pagi Ahad.

Salji tebal diramal berterusan di bahagian barat negara itu.

Sementara itu, beratus-ratus penerbangan di seluruh dunia dibatalkan pada hujung minggu Krismas, berikutan penularan virus Omicron dalam kalangan pekerja syarikat penerbangan.

Menurut FlightAware, 2,513 penerbangan telah dibatalkan pada Ahad, dan 927 daripadanya direkodkan di Amerika Syarikat. 

Manakala, beratus-ratus penerbangan lain turut dibatalkan pada malam Krismas, dan menjejaskan rancangan orang ramai untuk menghabiskan cuti Krismas bersama keluarga. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan