Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Polis tahan penjawat awam disyaki samun, rogol dua beradik

IPOH, 26 Dis :Polis menahan seorang penjawat awam yang disyaki menyamun dan merogol dua beradik di kawasan belukar tepi jalan Kampung Paya Nibong, Ayer Tawar, Manjung pada tengah malam Selasa lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata ketika kejadian, kedua-dua mangsa wanita berusia 20 dan 37 tahun itu, menaiki sebuah motosikal untuk pulang ke rumah sebelum ditahan oleh suspek yang turut menaiki motosikal di laluan itu kira-kira pukul 12.05 tengah malam.

“Suspek berusia 21 tahun itu mengugut untuk membunuh mereka menggunakan pisau sekiranya tidak mengikut arahannya, sebelum kedua-dua mangsa dirogol,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah menangkap suspek di Ipoh pada pukul 2.20 petang semalam, dan merampas pakaian serta kenderaan yang digunakan ketika kejadian.

Menurutnya pemeriksaan lanjut mendapati suspek yang bertugas di Kota Samarahan, Sarawak dan sedang bercuti di Manjung itu, tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 376 dan 392 Kanun Keseksaan dan penjawat awam itu kini direman selama tujuh hari bermula semalam, bagi membantu siasatan. -TVS

Tags: #bm, #polis

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan