Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.5 peratus pada minggu ini, kenaikan kadar ketiga berturut-turut, bertujuan untuk membantu mengurangkan inflasi negara dengan pemulihan ekonomi yang kukuh, menurut Moody’s Analytics. Foto: BERNAMA

Kemudahan bantuan bencana Bank Negara Malaysia dinaikkan kepada 500 juta bagi PMKS – MoF

KUALA LUMPUR, 26 Dis : Kementerian Kewangan (MoF) pada Ahad mengulangi beberapa peruntukan dan langkah tambahan yang telah diambil oleh kerajaan bagi menangani bencana banjir, termasuk peningkatan dana kepada RM500 juta daripada RM200 juta bagi Kemudahan Bantuan Bencana (DRF) 2022 oleh Bank Negara Malaysia.

Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata DRF akan disediakan melalui bank komersial untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi membiayai penggantian peralatan yang rosak akibat banjir serta modal kerja. 

“Pembiayaan sehingga RM500,000 akan disediakan untuk PKS; manakala usahawan mikro boleh meminjam sehingga RM75,000. Tempoh pembiayaan adalah sehingga lima tahun termasuk moratorium bayaran balik selama enam bulan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kadar pembiayaan adalah hingga 3.5 peratus setahun termasuk kos jaminan.

Permohonan boleh dibuat melalui bank komersial mulai 27 Dis, 2021, katanya.

“Kerajaan akan terus memantau keadaan dan MoF khususnya akan sentiasa bersedia untuk menyediakan peruntukan yang secukupnya bagi membantu mangsa banjir secepat mungkin,” katanya.

Peningkatan dana DRF telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada  22 Dis lepas, sebagai inisiatif bantuan ringankan beban mangsa banjir.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan