Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

97.5 peratus populasi dewasa negara lengkap divaksinasi setakat semalam

KUALA LUMPUR, 26 Dis : Sebanyak 22,835,291 individu atau 97.5 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sebanyak 23,134,791 individu atau 98.8 peratus daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 87.2 peratus atau 2,745,182 telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,839,706 atau 90.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sementara itu, statistik harian menunjukkan sejumlah 25,457 dos vaksin telah diberikan melibatkan 23,698 dos penggalak dengan 1,244 lengkap dos dan 515 dos pertama.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 56,748,229 dos dengan 5,389,370 daripadanya adalah dos penggalak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan