Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
IPOH, 15 Dis -- Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim (kiri) ketika hadir pada Perhimpunan Khas Sempena Lawatan Kerja di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hari ini. Turut sama Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid (dua, kiri). --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Mazlan serah tugas timbalan Ketua Polis Negara kepada Razarudin

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Dis: Datuk Seri Mazlan Lazim menyerahkan jawatan Timbalan Ketua Polis Negara kepada Datuk Razarudin Husain dalam satu majlis serah terima tugas di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini semalam.

Razarudin sebelum ini merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata beliau dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan penghargaan kepada Mazlan atas segala pengorbanan, jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang 35 tahun dalam PDRM.

“Seluruh warga PDRM mengucapkan tahniah kepada Razarudin atas pelantikannya sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu dan yakin kepadanya yang berpengalaman luas dalam bidang kepolisan,” katanya dalam kenyataan.

Pelantikan Razarudin sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa pada 26 Dis ini menggantikan Mazlan, 59, yang bersara wajib hari ini.

Pelantikan Razarudin, 58, mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas menerima nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan