Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SHAH ALAM, 25 Dis -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (empat, kiri) berkenan mendengar penerangan daripada Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr Aminuddin Hashim ketika berangkat ke Masjid Taman Sri Muda hari ini. Turut berangkat Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah (tiga, kiri). Turut kelihatan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
SHAH ALAM, 25 Dis -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (empat, kiri) berkenan mendengar penerangan daripada Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr Aminuddin Hashim ketika berangkat ke Masjid Taman Sri Muda hari ini. Turut berangkat Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah (tiga, kiri). Turut kelihatan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Agong titah kerajaan lakukan pascanilai atasi masalah banjir di bandar

ByBernama

SHAH ALAM, 25 Dis : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah agar pihak kerajaan mengadakan pascanilai berkenaan sistem perparitan bagi memastikan kejadian banjir kilat di kawasan bandar dapat diatasi.

“Saya (Beta) menyarankan pihak kerajaan untuk mengadakan pascanilai dari segi perparitan di sekitar bandar, mudah-mudahan dapat kurangkan kejadian seperti banjir kilat untuk berlaku semula,” titah Seri Paduka kepada Bernama selepas mengadakan lawatan di Masjid Taman Sri Muda, serta kawasan di sekitarnya yang terjejas teruk akibat banjir, hari ini.

Seri Paduka turut mencadangkan sekiranya institusi kewangan dapat memainkan peranan mengurangkan bebanan mangsa banjir dengan memberikan kelonggaran bagi membantu mereka menampung kerugian yang dialami.

“Pihak syarikat insurans, umpamanya boleh membantu mengurangkan bebanan mangsa banjir ini dengan menampung sebahagian ganti rugi (kerosakan) kenderaan yang terlibat.

“Institusi perbankan pula boleh membantu mangsa banjir dengan memberi kelonggaran bagi bayaran ansuran bulanan tertangguh atas pinjaman perumahan mereka yang terkesan,” titah Al-Sultan Abdullah.

Al-Sultan Abdullah yang menyantuni dan memberikan sumbangan kepada penghuni Taman Sri Muda  menzahirkan rasa kagum terhadap kecekalan ditunjukkan penduduk terjejas akibat bencana itu.

“Saya (Beta) pergi rumah ke rumah dan alhamdulillah nampak mereka bersemangat kental untuk meneruskan kehidupan. Terima kasih juga kepada badan bukan kerajaan dan sukarelawan yang terlibat untuk membantu.

“Saya (Beta) difahamkan ada kawan-kawan dari Kelantan dan Pahang pun turun untuk bantu, ini menunjukkan semangat mereka untuk membantu mereka yang memerlukan,” titah Seri Paduka.

Turut mengiringi Seri Paduka ketika lawatan berkenaan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang dan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan