Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SHAH ALAM, 25 Dis -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kiri) berkenan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Seksyen 19 hari ini.?--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Agong berkenan mencemar duli santuni mangsa banjir di PPS CIAST

ByBernama

SHAH ALAM, 25 Dis : “Take care everybody (Jaga diri semua),” demikian pesanan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum berangkat meninggalkan pusat pemindahan sementara (PPS) di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Seksyen 19, di sini pagi ini.

Terdahulu, keberangkatan tiba Seri Paduka yang memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda ke PPS sekitar 9.50 pagi disambut Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut menyambut ketibaan Al-Sultan Abdullah ialah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang.

Turut hadir Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Di fasiliti tersebut, Al-Sultan Abdullah berkenan meluangkan masa mendengar penerangan daripada Pegawai Daerah Klang Mohd Faizal Abdul Raji berhubung keadaan banjir di Klang khususnya di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.

Taman Sri Muda adalah kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan di bawah pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Klang.

Seri Paduka yang lengkap berpakaian celoreng turut berkenan menyantuni 149 mangsa banjir daripada 39 keluarga di PPS itu termasuk menghulur bantuan barangan keperluan dan wang tunai kepada mereka.

Al-Sultan Abdullah berkenan kemudian nya meluangkan masa menyantuni mangsa yang terjejas dengan banjir dari Taman Sri Muda dan turut mengucapkan “Merry Christmas” (Selamat Hari Krismas) kepada mangsa yang menyambut perayaan tersebut hari ini sebelum berangkat ke lokasi seterusnya di Masjid Taman Sri Muda, di sini.

Tags: Banjir

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan