Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bot Karam: Proses pemulangan 11 jenazah warga Indonesia bermula 23 Dis

ByBernama

JOHOR BAHRU, 24 Dis: Proses pemulangan jenazah warga Indonesia yang identiti telah dikenal pasti dalam kejadian bot karam di Tanjung Balau, Kota Tinggi pada 15 Dis lepas, mula dilaksanakan semalam (23 Dis) melalui jalan laut.

Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) dalam kenyataannya memaklumkan, proses pemulangan itu melibatkan 11 jenazah dengan menggunakan Kapal Patroli Polisi Perairan Indonesia KP Laksamana 7012.

“Proses serah terima dilaksanakan di Johor Port, di sini kepada Satgas Misi Kemanusiaan Internasional yang terdiri daripada Kementerian Luar Negeri, Kepolisian Republik Indonesia dan Badan Perlindungan Pekerja Migran Indonesia (BP2MI),” menurut kenyataan itu.

KJRI turut menzahirkan penghargaan atas bantuan daripada semua pihak yang terlibat dalam proses pemulangan jenazah tersebut ke Indonesia.

“KJRI juga ingin menyampaikan ucapan belasungkawa atas pemergian warganegara Indonesia dalam musibah tersebut. Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan dan keikhlasan,” menurut KJRI.

KJRI pada masa sama menasihati warganegara Indonesia yang akan bekerja di luar negara supaya mengikuti prosedur selamat dan tidak termakan pujukan pihak lain yang boleh membahayakan keselamatan diri sendiri.

Pada 15 Disember lepas, sebuah bot membawa kira-kira 50 pendatang tanpa izin warga Indonesia, karam di perairan Tanjung Balau, kira-kira 4.30 pagi yang mengorbankan 21 orang dan 13 terselamat, manakala 16 lagi dipercayai hilang.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan