Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aerial view shows vehicles and buildings inundated by floods in Shah Alam's Taman Sri Muda, one of the worst hit neighbourhoods in Selangor state, Malaysia, December 21, 2021. Picture taken with a drone. REUTERS/Ebrahim Harris NO RESALES. NO ARCHIVES.

37 kematian, 10 hilang di kawasan banjir setakat semalam – Ketua Polis Negara

SHAH ALAM, 23 Dis : Sebanyak 37 kematian dan 10 laporan orang hilang direkodkan di kawasan banjir di seluruh negara sehingga semalam, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata daripada jumlah itu lima kematian dilaporkan dalam masa 24 jam lepas, membabitkan empat dewasa dan satu kanak-kanak, sementara dua mangsa masih hilang. 

Katanya seramai 68,341 mangsa banjir daripada 18,080 keluarga berada di 396 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan tujuh negeri dengan Pahang paling teruk terjejas pada kali ini, selain Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Kelantan dan Negeri Sembilan. 

Dalam pada itu, menurutnya 137 lokasi jalan masih ditutup akibat banjir setakat ini membabitkan empat negeri iaitu 120 lokasi di Pahang, Selangor (12),  Kelantan (tiga) dan Negeri Sembilan (dua).

“Selain itu, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Pengairan dan Saliran, setakat 2.30 pagi tadi sebanyak 23 lokasi sungai diletakkan dalam keadaan bahaya dan amaran.

“Paras bahaya melibatkan 13 lokasi iaitu sembilan sungai di Pahang, satu lokasi masing-masing di Selangor dan Johor, serta dua di Kelantan,” katanya pada sidang media harian Ops Banjir di Taman Sri Muda, di sini hari ini.

Menurut Acryl Sani 10 lokasi paras amaran pula ialah masing-masing satu di Selangor dan Johor, serta masing-masing dua di Pahang, Kelantan, Melaka dan Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan