Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Majlis Perbandaran Sibu naik taraf sistem perparitan atasi banjir kilat – ADUN Bukit Assek

ByFirdaus Ismail

Oleh Amyra Varkisa

Sibu, 22 Dis : Projek perintis untuk menaik taraf sistem perparitan akan dilaksanakan di Lorong Tiong Hua oleh Majlis Perbandaran Sibu (MPS) bagi menangani masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Jospeh Chieng Jin Ek berkata, projek berkenaan dirancang oleh MPS selepas mendapati sistem perparitan sedia sudah tidak dapat berfungsi dengan baik berikutan salurannya yang kecil.

“Sekiranya projek perintis ini berjaya, kita boleh laksanakan projek serupa di bahagian lain pula.

Mungkin ini tidak akan menyelesaikan masalah banjir kilat sekaligus namun ia dapat mengurangkan kerosakan serta kerugian yang ditanggung oleh penduduk,” katanya.

Menurut Joseph Chieng lagi, projek berkenaan dijangka akan memakan masa selama enam bulan , melibatkan pembinaan di kedua sisi Jalan Tiong Hua dengan keluasan parit selebar 2.4 meter.

“Kita harap parit besar ini apabila siap dinaik taraf kelak, ia akan dapat disambung kepada parit-parit kecil di kawasan ini,” katanya.

Beliau memberitahu, projek akan mula dilaksanakan selepas Tahun Baru Cina dan menyeru supaya penduduk memberikan kerjasama ketika proses pengukuran dilakukan bagi memastikan kelancaran projek tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan