Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap – JPBNS

KUCHING, 22 Dis : Mesyuarat Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 – Booster (CITF-B) Kebangsaan pada 8 Disember 2021 telah mengesahkan cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) agar semua penerima dos lengkap vaksin Sinovac atau individu berumur 60 tahun dan ke atas perlu mengambil dos penggalak bagi mengekalkan status lengkap vaksinasi COVID-19.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melalui kenyataannya berkata, semua penerima dos lengkap vaksin Sinovac atau individu berumur 60 tahun dan ke atas di Sarawak perlu mengambil dos penggalak selewat-lewatnya pada Februari 2022 bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap.

” Status vaksinasi akan bertukar menjadi tidak lengkap dan individu tersebut tidak layak untuk menerima kemudahan-kemudahan seperti mana yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut JPBNS, aktiviti pemberian dos penggalak ini ditawarkan di klinik swasta, hospital swasta, klinik kesihatan, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam, PPV Integrasi dan secara mobile dan outreach.

“Pemberian dos penggalak di semua PPV adalah secara percuma termasuk PPV Hospital Swasta,” kata JPBNS.

Mereka yang layak menerima dos penggalak akan mendapat tarikh janji temu melalui MySejahtera untuk hadir di mana-mana fasiliti kesihatan yang telah ditetapkan.

Bagi yang layak tetapi masih belum menerima tarikh janji temu, JPBNS menasihatkan mereka supaya menghubungi PPV Awam, klinik kesihatan kerajaan atau klinik swasta untuk mendapatkan tarikh janji temu atau ‘walk in’ ke mana-mana PPV Integrasi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan