Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Banjir di Shah Alam

Sembilan mayat ditemukan di kawasan banjir di Shah Alam

SHAH ALAM, 21 Dis : Sembilan mayat, yang dipercayai korban banjir besar yang melanda pada Jumaat lepas susulan hujan lebat, ditemukan di sekitar Shah Alam setakat ini. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata dua mayat dijumpai pada Ahad lepas, manakala tujuh lagi semalam. 

Beliau berkata semua mayat terdiri daripada tiga wanita dan enam lelaki. 

Menurut Baharudin, dua mayat lelaki dijumpai masing-masing di lampu isyarat Kemuning Utama Seksyen 33, dan di Jalan Utama memasuki Alam Idaman Seksyen 22 pada Ahad lepas.

Semalam, dua mayat lelaki ditemukan berhampiran Subtek Bencana Seksyen 25, satu di Pekan Sri Muda, dan satu lagi di bawah Lebuh Raya Elite berhadapan MSU Seksyen 13.

“Tiga lagi mayat wanita ditemukan semalam dengan dua daripadanya di kawasan rumah teres Seksyen 25 dan satu lagi di Persiaran Budiman,” Baharudin menyebut dalam kenyataan di sini pada hari ini. 

Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga selain bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan akibat daripada banjir. 

Baharudin meminta kerjasama semua pihak untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan banjir atau penemuan mayat mangsa banjir ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di talian 03-55202000/ 03-55202022 untuk tindakan lanjut. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan