Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
banjir malaysia
SHAH ALAM, 18 Dis -- Suasana di Batu 3, Lebuhraya Persekutuan yang telah ditenggelami air sehingga tidak boleh dilalui oleh kenderaan susulan limpahan air dari Sungai Damansara ketika tinjauan fotoBernama hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

“Saya halalkan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup” – Ameer Ali Mydin

ByBernama

KUALA LUMPUR, 21 Dis : Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN) Datuk Dr Ameer Ali Mydin menghalalkan perbuatan mereka yang memecah masuk ke dalam premis MYDIN Mart ekoran bantuan yang lambat tiba sewaktu banjir teruk baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan maklum balas mengenai insiden pecah masuk premis MYDIN Mart di Sri Muda, Shah Alam yang hangat dibincangkan dalam media sosial dan media tempatan, beliau amat tersentuh dan bersimpati dengan insiden bencana banjir teruk yang melanda terutamanya ketika negara masih bergelut dengan wabak COVID-19. 

“Sejujurnya, saya tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut, namun dalam keadaan darurat, mungkin mereka tiada pilihan lain dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.

“Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya,” jelasnya. 

Cawangan MYDIN Mart, Sri Muda turut musnah akibat banjir pada 18 Disember lepas yang mengakibatkan kerugian jutaan ringgit. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan