Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak akan terus menggunakan haknya dibawah MA63 untuk mempunyai wakil dalam LHDN

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 18 Dis : Sarawak akan terus menggunakan haknya di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk mempunyai wakil dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau di bawah perenggan ke-34 Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), Sarawak dan Sabah mesti diwakili dalam dalam LHDN dan ia adalah mandatori namun sehingga kini Sarawak tidak pernah diwakili dalam LHDN.

“Jika kita ada wakil sekurangnya kita tahu mengenai berapa pendapatan seluruh negara dan apabila kita tahu mengenainya baharu kita boleh memohon jumlah berpatutan sebagai geran untuk negeri.

“Kalau kita tahu sumbangan Sarawak kepada pendapatan negara, kita mungkin boleh mendapatkan balik 20 peratus kepada negeri. Perkara ini yang kita mahu dapatkan berlandaskan perjanjian.

“Sarawak sebagai rakan wilayah, kita akan melihat perkara ini dengan mendalam dan saya akan membawa kepada rakan-rakan kita,” katanya.

Beliau berucap pada majlis Sambutan Ketua Menteri hadir ke pejabat buat pertama kali selepas menangi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) dan dilantik sebagai Ketua Menteri di lobi Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan