Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PETRONAS SUMBANG RM25 JUTA UNTUK MISI BANTUAN BANJIR

Mangsa terjejas banjir perlu diberi moratorium penuh

KUALA LUMPUR, 21 Dis : Kerajaan perlu mempertimbang pemberian moratorium secara menyeluruh sekurang-kurangnya bagi tempoh enam bulan untuk membantu rakyat yang terjejas akibat banjir di seluruh negara, kata Felo Institut Kajian Analisis Politik Malaysia Md Shukri Shuib.

Beliau berkata kerajaan melalui Kementerian Kewangan perlu menyediakan pemberian moratorium itu untuk memastikan kumpulan ini tidak terbeban dengan masalah kewangan yang dihadapi ketika ini.

Bagaimanapun, menurutnya, kerajaan perlu memastikan pemohon menyediakan dokumentasi bagi membuktikan mereka adalah mangsa banjir.

“Ini berikutan institusi perbankan yang mempunyai dana pengukuhan di mana sekiranya mereka menyediakan pemberian moratorium itu tanpa menjejaskan keuntungan institusi perbankan itu,” katanya menerusi program Koresponden Bernama pada hari ini.

Sementara itu, Md Shukri berkata semua pihak termasuk syarikat berkaitan kerajaan perlu bersama-sama membantu mereka yang terjejas akibat banjir.

Sebagai contoh, katanya, kerajaan perlu menyediakan satu mekanisme baharu, antaranya menyediakan bengkel panel khas untuk membaik pulih kenderaan yang tenggelam akibat banjir.

“Ini akan membantu mangsa, sekali gus memberikan (peluang kepada) sektor automotif untuk berkembang. Ia juga memberi peluang kepada graduan lepasan bidang automotif untuk menggunakan kemahiran mereka bagi membantu dan membaiki kenderaan,” kata Md Shukri. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan