Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Britain's Prime Minister Boris Johnson speaks during a virtual press conference inside 10 Downing Street in central London on October 31, 2020 to announce new lockdown restrictions in an effort to curb rising infections of the novel coronavirus. - UK Prime Minister Boris Johnson on Saturday announced a new four-week coronavirus lockdown across England, a dramatic strategy shift following warnings hospitals would become overwhelmed under his current system of localised restrictions. (Photo by Alberto Pezzali / POOL / AFP)

Kes Omicron di UK melepasi 45,000

LONDON, 21 Dis: Kes COVID-19 melibatkan varian Omicron di United Kingdom (UK) sudah mencecah 45,145, menurut Agensi Keselamatan Kesihatan pada Isnin.

Selain itu sebanyak 91,743 kes baharu COVID-19 turut dilaporkan, jumlah harian kedua tertinggi sejak pandemik melanda.

Daripada jumlah itu, 8,044 diuji positif Omicron manakala 44 orang lagi meninggal dunia akibat virus itu dalam tempoh 28 hari, lapor Agensi Anadolu.

Perdana Menteri Boris Johnson berkata kerajaan sedang memantau rapat keadaan dan “kemungkinan untuk mengambil beberapa langkah selanjutnya” sebelum Krismas.

“Ada kemung-kinan kita akan mengambil tindakan selanjutnya untuk melindungi orang ramai dan kesihatan awam serta perkhidmatan kesihatan. Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan itu,” katanya selepas mesyuarat Kabinet.

Perancis dan Jerman sudah melarang semua ketibaan tidak penting dari UK susulan peningkatan kes Omicron, yang menyaksikan beribu-ribu penduduk tiada pilihan selain terus tinggal di UK pada musim perayaan hujung tahun.

Lebih banyak negara anggota Kesatuan Eropah (EU) kemungkinan akan mengenakan sekatan baharu ke atas ketibaan dari UK.

Sementara itu, puluhan perkhidmatan kereta api di terminal London telah dibatalkan, termasuk untuk perjalanan ke Scotland menjelang Krismas. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan