Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tewaskan calon DAP dengan 23 undi, Johnny berazam pacu Tanjong Batu

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 20 Dis : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang yang berjaya menumbangkan wakil DAP dalam ‘pertempuran sengit’ di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak, Sabtu lepas memberi tabik hormat kepada pengundi di situ susulan kejayaan berkenaan.

Johnny berkata, ‘perubahan’ sokongan di kawasan berkenaan yang mana pengundinya kini memilih parti kerajaan, Gabungan Parti Sarawak (GPS) , diyakini akan memacu pembangunan di situ.

” Kita telah melakukannya. Terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk kita mengubah Tanjung Batu ke arah yang lebih baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Johnny meraih 4,092 undi sekaligus menewaskan, Chiew Chan Yew yang mendapat 4,069 undi dan berkelebihan majoriti tipis iaitu 23 undi.

Calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) , Yek Hock Siang juga cuba mencabar namun sekadar berpuas hati dengan 2,204 undi yang diterimanya seperti diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sementara itu, tiga calon lain, Tang Eng Hui (Parti Sarawak Bersatu, 1,071 undi), Chieng Lea Phing (Parti Aspirasi Rakyat Sarawak, 93 undi) dan seorang calon bebas, Wong Hau Ming yang hanya menerima 38 undi terpaksa akur apabila hilang deposit.

Pada PRN Ke-11, Chiew Chiu Sing yang ditampilkan DAP menang dengan majoriti 2,548.

Mengulas lanjut mengenai kemenangan berkenaan, Johnny berkata, semua pengundi yang memilihnya merupakan pencetus semangatnya untuk berkhidmat.

” Saya memahami tanggungjawab besar yang diberikan, jaminan saya ialah setiap undi yang anda berikan , akan dibalas dengan perkhidmatan terbaik,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan