Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PETRONAS SUMBANG RM25 JUTA UNTUK MISI BANTUAN BANJIR

PETRONAS sumbang RM 25 juta untuk misi bantuan banjir

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Dis : Petronas akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM25 juta untuk memberi bantuan kepada mangsa bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di negara ini.

Dana berkenaan diperuntukkan oleh unit dan anak syarikat Kumpulan Petronas termasuk Yayasan Petronas yang mana ia akan meningkatkan jumlah sumbangan bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain, yang merupakan sebahagian daripada Rangkaian Tindak Balas Bencana GLC (GDRN).

Dalam pada itu, Kelab Sukan dan Rekreasi Petronas, Persatuan Isteri-Isteri dan Kakitangan Wanita Petronas dan Badan Kebajikan Islam Petronas juga telah memulakan kutipan sumbangan untuk disalurkan kepada mangsa melalui Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), kata Petronas dalam satu kenyataan hari ini.

Seperti tahun sebelumnya, Petronas Dagangan Bhd (PDB) akan menyediakan perkhidmatan trak mengisi minyak bergerak, ROVR bagi membantu mangsa banjir, memberi perkhidmatan kepada pelanggan atau kepada operasi menyelamat di mana stesen minyak ditutup atau tidak boleh diakses.

Petronas turut menghulurkan bantuan kepada kakitangannya yang terjejas, termasuklah menyediakan tempat tinggal sementara, elaun makanan, cuti khas, bantuan kewangan dan makanan serta barang keperluan yang lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan