Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
HULU LANGAT, 20 Dis -- Penduduk Kampung Sungai Serai bergotong royong membersihkan Masjid Al-Ehsan Kampung Sungai Serai selepas banjir mulai surut ketika tinjauan hari ini. Ramalan cuaca terkini oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) malam tadi, menamatkan amaran cuaca hujan berterusan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang dan berita itu pastinya memberi kelegaan buat mangsa banjir. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Mayat lelaki lemas banjir ditemukan di Pahang

ByBernama

KUANTAN, 20 Dis : Lelaki yang dilaporkan hilang selepas meredah banjir di Kampung Cempaka di sini semalam, menjadi korban kedua banjir di Pahang selepas mayatnya ditemukan pada 7.15 pagi tadi.

 Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata mayat Mohd Halmi Nazlan ditemukan kira-kira lima kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat dan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. 

Mohd Halmi, 34, dilaporkan hilang pada 1 pagi semalam, selepas dikatakan cuba meredah banjir bersama seorang rakan dengan menaiki kereta Proton Exora sebelum kenderaan itu terkandas. 

Mangsa didakwa telah dihanyutkan arus deras manakala rakannya berjaya menyelamatkan diri. 

Pada Jumaat lepas, operator kilang M.Gunalan, 38, menjadi korban pertama banjir setelah ditemukan maut selepas cuba mengharung banjir menggunakan motosikal di jalan berhampiran tanah perkuburan Cina Gambang di sini.  -TVS

Tags: Banjir, Pahang

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan