Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr. Jeniri menegaskan, apa yang paling penting adalah setiap pengundi itu perlu tahu, undi mereka memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan Sarawak

Kemenangan GPS bukti kekukuhan parti

KUCHING, 20 Dis : Manifesto serta struktur kempen pilihan raya Gabungan Parti Sarawak (GPS) sememangnya faktor yang menyumbang kepada kejayaan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12,

Ini dapat dilihat apabila GPS mencatat kemenangan 76 dari 82 kerusi pada PRN ke-12.

Penganalisis politik Prof Madya Dr Jeniri Amir dan Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi bersetuju bahawa kelebihan itu memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh untuk memperjuangkan  nasib rakyat.

Menurut Dr Jeniri, kekuatan GPS itu juga membuktikan ia mampu melunaskan janji 34 perkara dalam manifesto yang lalu.

“Jadi saya, seperti rakyat-rakyat Sarawak yang lain percaya akan mandat yang begitu kukuh dan mantap, diterajui oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Ini sekaligus mempertingkat keyakinan kepada mereka untuk mara ke hadapan dan memberi tumpuan kepada pembangunan di Sarawak khususnya di kawasan luar bandar.

“Selain itu, Sarawak adalah satu-satunya negeri yang membentangkan belanjawan lebih dari RM10 bilion setahun dengan 50 peratus khasnya untuk kawasan luar bandar,” katanya kepada TVS pada Ahad.

Katanya lagi, faktor PRN yang berlangsung semasa pandemik dan membuatkan kempen tidak boleh dijalankan, memberi kelebihan kepada parti pemerintah memandangkan mereka mempunyai struktur yang lebih jelas.

Pada masa yang sama, Prof Madya Dr Awang berkata rakyat telah memberi isyarat bahawa kestabilan politik adalah penting bagi GPS meneruskan usaha pembangunan di Bumi Kenyalang itu.

“Rakyat tetap menunaikan tanggung jawab mereka untuk memastikan bahawa kerajaan yang sedia ada ini stabil dan menolak sentimen manifesto parti pembangkang seperti keluar dari Malaysia dan memainkan isu perkauman.

“Ini sebenarnya ditolak oleh majoriti rakyat, jadi pihak pembangkang perlu menghormati keputusan pengundi di Sarawak,” katanya lagi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan