Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 18 Dis -- Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sawarak (GPS) ketika tiba bagi mengikuti keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) disini hari ini. Turut kelihatan, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas (kiri) dan Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (kanan). -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

GPS tidak tergesa – gesa umum kabinet – Abang Johari

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 20 Dis : Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak berada dalam keadaan tergesa-gesa untuk mengumumkan senarai anggota kabinet baharu pentadbiran selepas kemenangan besar yang dicapai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak, Sabtu lepas.

Pengerusinya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengumuman kabinet akan dibuat apabila tiba masanya.

“Tidak perlu terburu-buru, kesemua parti komponen dalam GPS, baik dan telah memberikan kerjasama penuh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media , malam kelmarin selepas GPS disahkan memenangi PRN Ke-12 Sarawak.

Abang Johari yang kali pertama memimpin GPS berdepan PRN meraih keputusan luar biasa apabila menguasai 92.7 peratus daripada keseluruhan 82 kerusi yang dipertandingkan.

Gabungan parti-parti tempatan iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) yang membentuk GPS secara keseluruhan berjaya menang 76 kerusi iaitu pertambahan empat kerusi berbanding 2016.

Sementara itu, Abang Johari yang telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada Sabtu lepas turut menegaskan, GPS tidak akan menerima parti pembangkang tempatan dalam gabungan berkenaan.

“Kami (GPS) tidak suka katak dan tidak mahu katak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan