Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
DATUK SERI ALEXANDER NANTA LINGGI

GPS terima sokongan kukuh, kini fokus pacu pembangunan Sarawak – Alexander Nanta

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 20 Dis: Kemenangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang membolot 76 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak membuktikan sokongan pengundi kepada GPS yang diterajui Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semakin kukuh.

Setiausaha Agung GPS, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata , mandat yang diberikan kepada GPS membuktikan bahawa politik dangkal, berunsur hasutan dan perkauman ditolak sama sekali oleh rakyat.

” Meskipun berdepan ketidaktentuan landskap politik, kepercayaan rakyat Sarawak terhadap GPS tidak pernah luntur.

“Lebih signifikan apabila PRN ke-12 turut mengutarakan suara jelas pengundi bahawa pendekatan parti pembangkang, iaitu Parti Sarawak Bersatu (PSB), DAP dan PKR untuk memancing undi rakyat dilihat seakan senjata makan tuan,” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Alexander Nanta berkata, kemenangan besar berkenaan akan terus menjadi motivasi kepada GPS dan sehubungan itu iltizam untuk meneruskan pembangunan di kawasan pedalaman , luar bandar dan bandar tidak pernah lekang.

” Selain infrastruktur dan modal insan, pembangunan revolusi industri juga akan terus dibiayai yang merangkumi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), kecerdasan buatan, internet kebendaan dan sebagainya akan turut menjadi fokus penting,” katanya.

Ujar beliau, GPS akan terus giat merintis pelbagai kemajuan namun pada masa sama, mereka mengakui masih banyak ruang untuk tujuan penambahbaikan.

“GPS ingin berikan perkhidmatan terbaik,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan