Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Saya tidak akan siakan amanah rakyat Dudong – Tiong King Sing

KUCHING, 19 Dis : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong yang baharu, Datuk Seri Tiong King Sing menegaskan, beliau tidak akan mensiakan-siakan amanah yang diberikan oleh pengundi di kawasan itu kepadanya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak semalam.

King Sing yang merupakan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang paling dicabar sengit apabila terlibat dalam pertandingan lapan penjuru berkata, beliau berharap dapat bekerjasama dengan erat bersama rakyat di situ untuk memajukan ‘kampung’ mereka.

“Saya akan berusaha bersungguh – sungguh untuk menepati janji saya di sini serta berkhidmat dengan ikhlas sebagai tanda terima kasih kepada sokongan yang diberikan oleh anda,” katanya.

Semalam, Dudong yang merupakan antara kerusi tumpuan menyaksikan King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu itu keluar sebagai pemenang.

Beliau menerima undian sebanyak 9,390 serta meraih majoriti 5,806 dalam laluannya menewaskan tujuh pencabar lain.

Antara yang memberi cabaran kepada King Sing termasuklah Wong Hie Ping (Parti Sarawak Bersatu, 3,584 undi) dan Paul Ling Fong (DAP, 2,724 undi).

Lima calon lain yang turut mencuba nasib di situ pula hilang deposit iaitu Jane Lau Sing Yee (Parti Bumi Kenyalang, 1,779 undi), Julius Enchana Jaspher Ancho (Parti Bansa Dayak Sarawak Baru, 893 undi), Josephine Lau (Parti Aspirasi Rakyat Sarawak, 212 undi) serta dua calon bebas iaitu Cardock (1,178 undi) dan Engga Anak Unchat dengan 225 undi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan