Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

RASMI : GPS menang kerusi DUN Mulu

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 19 Dis : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dato Gerawat Gala menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu yang keputusannya ditangguhkan malam tadi.

Gerawat meraih 3,731 undi dengan kemenangan 2,875 majoriti berbanding pencabar terdekatnya, Son Radu daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang mendapat 856 undi.

PKR pula menerusi calonnya, Roland Engan menerima 810 undi manakala calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Richard Ibuh, hilang deposit apabila hanya menerima 199 undi.

Berdasarkan keputusan terbaharu ini, GPS meraih kemenangan di 76 kerusi DUN diikuti empat kerusi dimenangi PSB manakala DAP hanya mampu mempertahankan dua kerusi mereka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan