Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ibrahim Baki cemerlang pertahankan Satok untuk GPS

Kredit gambar Media Satok

KUCHING, 19 Dis : Wakil rakyat baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki mengakui majoriti 6,033 undi yang diraihnya semalam merupakan mandat besar daripada rakyat.

Ibrahim yang diberi tanggungjawab mempertahankan kerusi berkenaan yang sebelum ini disandang Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau tidak akan mensia -siakan amanah berkenaan.

“InsyaAllah, saya tidak akan mensia-siakan harapan penduduk di sini. Saya akan berusaha bersungguh -sungguh bagi membangunkan kawasan ini,” katanya.

Menerusi pengumuman keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak semalam, Ibrahim memperoleh 6,991 undi sekaligus menewaskan dua saingannya iaitu Awang Badele Awang Ali (Parti Bumi Kenyalang, 414 undi) dan calon PKR, Dr Nor Irwan Ahmad Nor yang menerima 958 undian.

Kerusi berkenaan sebelum ini disandang oleh Abang Johari selama sembilan penggal berturut – turut dengan kali terakhir beliau mempertahankannya dengan majoriti sebanyak 5,045 pada 2016.

Bagaimanapun, kali ini Abang Johari beralih ke kerusi DUN Gedong dan menjelaskan beliau mahu berkhidmat kepada masyarakat di luar bandar sebelum bersara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan