Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dennis Ngau dan GPS raih peningkatan sokongan ketara di Telang Usan

KUCHING, 19 Dis : Wakil rakyat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telang Usan, Dennis Ngau yang berjaya mempertahankan kerusi dan meningkatkan majoriti di situ berikrar akan melaksanakan janji yang dibuatnya kepada pengundi.

Dennis berkata, beliau dengan rendah hati merakamkan ucapan terima kasih kepada pengundi yang memberi sokongan padu kepadanya dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 semalam.

“Kepercayaan dan mandat yang diberikan ini akan digalas dengan penuh rasa tanggungjawab demi pembangunan berterusan di Telang Usan,” katanya.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan kemenangan Dennis selepas beliau meraih 3,861 undi sekaligus mengatasi Jau Jok @ Jenggo yang mewakili Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang menerima undian sebanyak 1,439.

Dua lagi calon turut tewas iaitu wakil PKR, Philip Jau Ding yang sekadar menerima undian sebanyak 1,093 manakala wakil Parti Bumi Kenyalang (PBK), Gia Bala hilang deposit apabila hanya disokong oleh 68 pengundi.

Keputusan semalam menyaksikan Dennis memperbaiki majoriti 167 undi yang diraihnya ketika menang kerusi itu pada PRN Ke-11 lalu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan