Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dalat akan terus dibangunkan – Fatimah

KUCHING, 19 Dis : Dato’ Sri Fatimah Abdullah yang berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dalat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak semalam berikrar akan meneruskan pembangunan di kawasan berkenaan.

Fatimah berkata, pencapaian cemerlang itu merupakan hasil usaha keras oleh kesemua jentera Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memenangkan calon.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya tujukan kepada pengundi yang memberi sokongan padu kepada GPS.

” Begitu juga kepada pengundi – pengundi di luar kawasan yang balik ke kampung untuk mengundi, sokongan anda amat bermakna,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengesahkan Fatimah meraih 7,085 undi sekaligus menewaskan pencabar tunggalnya, Salleh Mahali dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) yang mendapat 460 undi serta hilang deposit.

Ini menyaksikan Fatimah meraih majoriti sebanyak 6,625 undi dan meningkat berbanding 6,330 yang dicapainya pada PRN 2016.

Sementara itu kepulangan Fatimah ke Kuching hari ini disambut oleh kakitangan Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak negeri.

Katanya, beliau tidak menjangkakan akan ‘sambutan’ berkenaan namun menghargai sokongan yang ditunjukkan.

” Pulang ke Kuching selepas mengharungi jadual yang sangat padat dengan menghadiri mesyuarat, bertemu jentera parti dan melawat semua kampung di Dalat sebelum hari mengundi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan