Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bersatu lancar tabung bantu mangsa terjejas – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 19 Dis : Parti Bersatu melancarkan tabung bantuan banjir dengan dana permulaan sebanyak RM1 juta bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara, kata Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata cadangan penubuhan tabung berkenaan merupakan saranan daripada ahli Majlis Pimpinan Tertinggi.

Katanya ahli parti turut diseru menyumbangkan apa yang termampu bagi meringankan beban rakyat yang terjejas teruk ekoran bencana tersebut.

“Saya juga mengarahkan semua jentera parti dan jentera parti komponen Perikatan Nasional (PN) untuk turun ke kawasan yang terjejas bagi bantu semua mangsa terlibat sebaik selesai Perhimpunan Agung Tahunan Keempat Bersatu hari ini.

“Jika ada yang terpaksa pulang selepas menghadiri perhimpunan ini atau terpaksa balik sekarang, maka pergilah. Kita tidak akan halang, yang penting ialah rakyat. Kita adalah parti yang mendukung dan sentiasa prihatin dengan masalah rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Keempat Bersatu di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.

Muhyiddin yang juga Pengerusi PN turut menzahirkan rasa dukacita terhadap bencana banjir yang melanda beberapa negeri.

Selain itu, Muhyiddin berkata Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu pada hari ini terpaksa diteruskan bagi memenuhi kehendak perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan 1966. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan