Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Acu senapang patah ke arah polis, warga emas ditahan

DALAT, 19 Dis : Seorang lelaki warga emas ditahan selepas cuba menembak anggota polis menggunakan sepucuk senapang patah di Tamin semalam.

Difahamkan, dalam kejadian pukul 2 petang, suspek yang berusia 62 tahun itu dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol dan telah mengganggu ketenteraman awam di sebuah kedai berhampiran Rumah Panjang Nyawin.

Ketua Polis Daerah Dalat , Deputi Superintendan (DSP) Saga Chunggat berkata, pihaknya telah menerima aduan mengenai kejadian tersebut dan sepasukan anggota dari Balai Polis Setapang dikerahkan ke tempat kejadian namun suspek didapati telah beredar dari situ.

” Suspek berjaya dikesan di sebuah rumah panjang tidak jauh dari lokasi kejadian kira – kira 20 minit selepas itu.

Ketika itu suspek didapati duduk di atas anak tangga sambil menyandang selaras senapang patah pada bahunya,” katanya kepada TVS.

Beliau memberitahu, ketika polis cuba mendekatinya, suspek bertindak mengacu senapang ke arah polis dan sambil mengisi peluru,” katanya.

Jelasnya, situasi itu menyebabkan anggota polis terpaksa berlindung di bawah rumah panjang manakala seorang lagi anggota cuba mendekati suspek dengan menaiki tangga berlainan.

” Pergelutan telah berlaku ketika polis cuba merampas senapang berkenaan dan satu das tembakan turut dilepaskan namun tidak mencederakan sesiapa,” jelasnya.

Tambah Saga, suspek berjaya ditahan dan senapang berkenaan juga turut dirampas.

” Kes ini disiasat di bawah Seksyen 307 , Kanun Keseksaan dan Seksyen 38 , Akta Senjata 1960,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan