Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

‘Tinggalkan’ anak sebentar untuk keluar mengundi

KAPIT , 18 Dis : Demi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, Raymond Kiai yang merupakan pengundi berdaftar bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Goram di sini ‘meninggalkan sebentar’ anaknya di rumah untuk keluar mengundi.

Bagaimanapun Raymond berkata, dia bukanlah meninggalkan anaknya bersendirian di rumah namun dijaga sementara oleh adiknya yang bukan merupakan pengundi berdaftar.

” Hanya saya seorang yang mengundi di sini manakala ahli keluarga lain pulang mengundi di rumah panjang. Saya datang awal, dapat giliran undi cepat dan kemudian pulang ke rumah untuk jaga anak,” katanya ketika ditemui TVS di sini.

Raymond merupakan antara pengundi terawal yang dilihat tiba menunaikan tanggungjawabnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hock Lam.

Secara keseluruhan proses pengundian berjalan lancar di sini walaupun berlaku hujan renyai – renyai namun tidak mematahkan semangat pemilih berdaftar untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka sejak pukul 7.45 pagi tadi.

Sementara itu, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi DUN Bukit Goram , Jefferson Jamit Unyat dan Ahli Parlimen Kapit , Dato Sri Alexander Nanta Linggi yang juga merupakan pengundi berdaftar di sini tiba kira-kira pukul 8.00 pagi tadi untuk membuang undi.

Mereka berdua ditemani isteri masing-masing menghabiskan masa kira – kira 20 minit untuk menyelesaikan proses berkenaan.

DUN Bukit Goram kali ini menyaksikan Jefferson Jamit Unyat berdepan saingan lima penjuru daripada Puso Bujang (PBK), Robert Sawing (PBDSB), Robert Segie (PSB) dan Joseph Jinggut (DAP).

DUN ini mempunyai seramai 12,150 pengundi berdaftar dengan 96 orang pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka ketika proses pengundian awal pada 14 Disember lepas.

Terdapat 11 buah sekolah dan 20 buah rumah panjang di sekitar DUN Bukit Goram dijadikan pusat mengundi kali ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan