Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

TIDAK RASMI : Wakil GPS dahului kiraan undi awal di DUN Stakan

KUCHING, 18 Dis : Hamzah Brahim , calon yang ditampilkan oleh Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan, Hamzah Bin diberitakan sedang mendahului kiraan undi awal bagi DUN berkenaan yang telah bermula sebentar tadi.

Wartawan TVS , Haris Zainuddin yang meliput perkembangan pi pusat berkenaan melaporkan Hamzah kini menerima undian sebanyak 832 diikuti George Yong Si Ricord Junior dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang menerima undian sebanyak 255.

Calon DAP, Leslie Ting Xing Zhi setakat ini di tempat ketiga dengan 71 undi diikuti wakil Parti Bumi Kenyalang, Atet Anak Dego yang mendapat 42 undi.

Bagaimanapun, ini merupakan keputusan tidak rasmi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan